Sunday 24 November 2013

Our Memories

Ya ALLAH, tiba-tiba aku rindu dengan sahabat lama aku ni…Wan Nasuha Binti Wan Azura… Apa khabar dia sekarang? Apa dia rindu ke tak dengan kawan dia yang ni?? Yang tu aku tak tahu…Yang pasti aku rindukan dia…Macamana kami boleh kenal? OK akan aku cerita…Aku kenal dia dari sekolah rendah…Waktu tu kami darjah 6…She’s a new student at that time…Time tu aku tak rapat dengan dia…Then bila masuk secondary school, kami jadi kawan…Aku tak tahu macamana kami boleh jadi kawan baik…Aku macam biasalah…Aku kawan je dengan semua orang but dia, she’s a special…Sangat special…ALLAH S.W.T  telah kurniakan aku satu anugerah yang sangat bernilai iaitu dengan menjadikan aku dengan dia kawan…Aku sangat-sangat bersyukur…



Now, dia sedang  melanjutkan pelajarannya di UPSI…Bakal cikgu tu…I’m proud of u sue….Sayang mu sangat-sangat….Walaupun kita busy sangat-sangat, tak adalah sampai kita tak contact langsung kan? Kadang-kadang aku menangis bila aku ingatkan dia…Tak tahulah kenapa…Aku takut dia lupakan aku….Kami masing-masing dah masuk universiti..Masing-masing dah ada kehidupan….Aku takut aku akan kehilangan dia….Kat sana, aku pasti dia akan jumpa kawan yang lebih baik dari aku…But, just one thing aku harap sangat-sangat yang dia tak akan lupakan aku….Aku dan dia dah macam adik beradik…Sama-sama nakal and sama-sama ting tong..hahaha….sorry sue…Jangan marah yea J

Kadang-kadang aku rasa macam nak call dia…Nak menangis dengan dia…Nak kongsi and bercerita masalah  dengan dia tapi aku takut….Aku takut kalau dia tak selesa dengan panggilan aku….Aku takut dia sibuk…Aku takut dia sendiri pun ada masalah….Ya, segala-galanya aku fikir…Takut takut takut….Ya, itu yang selalu ada dalam fikiran aku…Ya ALLAH begitu sakitnya rindu terhadap seorang sahabat terhadap sahabatnya…Aku rindu nak berkumpul macam dulu…Rindu nak berbalas surat macam dulu…Rindu nak merajuk macam dulu…Rindu apabila ada yang pujuk…Rindu nak tengok dia pakai baju sekolah warna purple and aku warna coklat…Dan rindu nak pergi kantin sama-sama…Sungguh aku rindu semua tu… 



Sebak rasanya bila ingat kisah kita dulu-dulu…Ya ALLAH rindunya time dulu-dulu….Alangkah bagusnya kalau kita dapat putar waktu dan kembali macam dulu…Ingat lagi tak yang kita pernah pergi pantai sama-sama dengan kawan kita yang lagi sorang? Shamanil Qamar….Dia pun aku rindu….Tapi dia dengan aku dah tak rapat macam dulu…Aku rasa macam dia dah buang aku daripada dunia dia…Aku dah tak wujud jadi kawan dia…Hmmmmm….Aku minta maaf kalau aku bersangka buruk….Aku Cuma luahkan apa yang terbuku dalam hati aku….Tak apalah…Apa yang penting semoga persahabatan aku dengan korang sampai bila-bila…And semoga korang sentiasa sihat….



Maafkan aku kawan…Aku teringat yang waktu sekolah dulu kita selalu gaduh tapi tak lama…Kita akan baik semula kan? Masa tu adalah sesi mintak maaf and adalah posmen-posmen tak diiktiraf tolong hantar surat…Hahaha…kwanku, Itulah lumrah persahabatan….Semoga kau sentiasa ingat apa yang pernah kita tempuhi bersama-sama…Aku rindu, rindu rindu rindu….Aku tak nak jadi kawan yang pentingkan diri sendiri…Aku faham kalau kau busy but kalau nanti ada masa lapang, call me…Aku sentiasa nantikan panggilan kau…

Publisher: Amy Mistletoe <3



Sunday 17 November 2013

I miss U (AL-FATIHAH)

Assalamulaikum...

Awak, saya tak tahu kenapa hari ni tiba-tiba saya rasa rindu kat awak...Rindu sangat-sangat...
Saya doakan semoga awak tenang di sana...Saya menangis sebab terlalu rindukan awak...Saya betul-betul sayangkan awak...Dapat ke awak dengar saya??Saya rasa kosong bila awak pergi tinggalkan saya...Tapi saya kena terima kerana ini semua adalah takdir...Tapi awak, kenapa awak pergi??? Kenapa awak tinggalkan saya??Ya ALLAH... Saya dah tak dapat jumpa awak...Saya dah tak dapat tengok muka awak....
Pemergian awak sangat menyedihkan saya...Semua ni terlalu cepat..

Hari demi hari saya belajar untuk melupakan awak dan belajar untuk menerima semua ni...Tapi sampai sekarang saya tetap tak dapat lupakan awak...it's already  been two years...I'm still remembered you...
Awak dah tak ada kat dunia ni lagi..Awak dah pergi dunia lain...Dunia kita dah berbeza sekarang...
Sebelum ni saya just tengok cerita dalam tv je yang boyfriend or suami meninggal...Tengok cerita pun saya dah sedih sangat-sangat...Inikan pula dah betul-betul terjadi...Ya, sekarang semua ni betul-betul terjadi pada saya...Mereka di sekeliling hanya mampu memberi nasihat tapi mereka tak merasai apa yang saya rasa...
Rasa pedih dan perit sangat-sangat...

Saat-saat akhir awak dengan saya tak dapat saya lupakan...Awak call saya banyak kali tapi saya tak angkat sebab saya tak bawa hanset pergi camping...Ya waktu saya pergi camping...Bila saya dah balik camp, saya lupa nk on balik hanset saya...Bodohnya saya masa tu...Saya cuma on keesokan harinya...Saya tak tahu awak akan pergi secepat ni...Tak pernah terlintas difikiran saya yang masa tu adalah kali terakhir awak call saya...Banyak sangat miscall daripada awak...Saya dah bagitahu awak yang saya akan ke camp tapi awak tetap call saya...Mungkin itu petanda....Maafkan saya awak... :(

Bila saya bangun pagi tu, saya tetap tak pedulikan hanset saya sampailah tiba satu masa lepas habis kelas, tiba-tiba tergerak hati saya untuk tengok hanset saya...Tekejutnya saya bila saya tengok banyak miscall daripada awak dan ex girlfriend awk...ya ex girlfriend awk pun call saya...Then saya call balik ex girlfriend awak...Dia tak angkat panggilan saya...Lepas tu dia mesej saya... "Maaf tak angkat panggilan awak, saya cuma nak bagitahu yang s****m kemalangan dan meninggal semalam lepas magrib"...........................Tak dapat digambarkan perasaan saya masa tu...Saya call awak tapi hanset awak off...Disebabkan saya tak boleh terima, saya tak percaya dengan mesej tu...Saya beranikan diri call ayah awak sendiri...Dan selepas tu, dunia saya rasa gelap sangat-sangat...Saya hampir terduduk kat situ...Alhamdulilah masa tu kawan saya Qaq Gie menemani saya...Saya terus menangis...Masa tu saya dah tak peduli apa yang orang nak kata....Saya dah tak dapat menahan lagi tangisan saya...Saya masih ingat masa tu saya kat kafe...Terus saya menangis depan orang ramai....Malunya saya bila diingat balik...

Tetapi kedegilan saya untuk tidak mempercayai berita tu benar-benar membuatkan saya hampir berputus asa...Dengan sedikit semangat yang ada, saya call kawan awak...Ya, semua orang yang mengenali awak dan mengenali kita saya call...Dan jawapanya sama dengan apa yang ex girlfriend awak dan ayah awak...Sekali lagi saya menangis...Malam tu sampai pagi saya tak tidur...Tidur saya ditemani air mata...Sampai satu tahap saya tidak makan langsung....Tak patut saya buat macam tu...Hidup harus diteruskan..Mungkin ini ujian daripada ALLAH S.W.T untuk saya...Ya ALLAH, saya masih mengingati semua tu dengan jelas...
Saya masih tak dapat melupakan awak...Setiap kali saya solat, awak sentiasa berada dalam doa saya...

Saya doakan semoga awak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diredhai ALLAH S.W.T....InsyaALLAH kalau ada jodoh kita akan jumpa di SANA...Amin...
AL-FATIHAH untuk awak...

Publisher: Amy Mistletoe