Sunday 24 November 2013

Our Memories

Ya ALLAH, tiba-tiba aku rindu dengan sahabat lama aku ni…Wan Nasuha Binti Wan Azura… Apa khabar dia sekarang? Apa dia rindu ke tak dengan kawan dia yang ni?? Yang tu aku tak tahu…Yang pasti aku rindukan dia…Macamana kami boleh kenal? OK akan aku cerita…Aku kenal dia dari sekolah rendah…Waktu tu kami darjah 6…She’s a new student at that time…Time tu aku tak rapat dengan dia…Then bila masuk secondary school, kami jadi kawan…Aku tak tahu macamana kami boleh jadi kawan baik…Aku macam biasalah…Aku kawan je dengan semua orang but dia, she’s a special…Sangat special…ALLAH S.W.T  telah kurniakan aku satu anugerah yang sangat bernilai iaitu dengan menjadikan aku dengan dia kawan…Aku sangat-sangat bersyukur…



Now, dia sedang  melanjutkan pelajarannya di UPSI…Bakal cikgu tu…I’m proud of u sue….Sayang mu sangat-sangat….Walaupun kita busy sangat-sangat, tak adalah sampai kita tak contact langsung kan? Kadang-kadang aku menangis bila aku ingatkan dia…Tak tahulah kenapa…Aku takut dia lupakan aku….Kami masing-masing dah masuk universiti..Masing-masing dah ada kehidupan….Aku takut aku akan kehilangan dia….Kat sana, aku pasti dia akan jumpa kawan yang lebih baik dari aku…But, just one thing aku harap sangat-sangat yang dia tak akan lupakan aku….Aku dan dia dah macam adik beradik…Sama-sama nakal and sama-sama ting tong..hahaha….sorry sue…Jangan marah yea J

Kadang-kadang aku rasa macam nak call dia…Nak menangis dengan dia…Nak kongsi and bercerita masalah  dengan dia tapi aku takut….Aku takut kalau dia tak selesa dengan panggilan aku….Aku takut dia sibuk…Aku takut dia sendiri pun ada masalah….Ya, segala-galanya aku fikir…Takut takut takut….Ya, itu yang selalu ada dalam fikiran aku…Ya ALLAH begitu sakitnya rindu terhadap seorang sahabat terhadap sahabatnya…Aku rindu nak berkumpul macam dulu…Rindu nak berbalas surat macam dulu…Rindu nak merajuk macam dulu…Rindu apabila ada yang pujuk…Rindu nak tengok dia pakai baju sekolah warna purple and aku warna coklat…Dan rindu nak pergi kantin sama-sama…Sungguh aku rindu semua tu… 



Sebak rasanya bila ingat kisah kita dulu-dulu…Ya ALLAH rindunya time dulu-dulu….Alangkah bagusnya kalau kita dapat putar waktu dan kembali macam dulu…Ingat lagi tak yang kita pernah pergi pantai sama-sama dengan kawan kita yang lagi sorang? Shamanil Qamar….Dia pun aku rindu….Tapi dia dengan aku dah tak rapat macam dulu…Aku rasa macam dia dah buang aku daripada dunia dia…Aku dah tak wujud jadi kawan dia…Hmmmmm….Aku minta maaf kalau aku bersangka buruk….Aku Cuma luahkan apa yang terbuku dalam hati aku….Tak apalah…Apa yang penting semoga persahabatan aku dengan korang sampai bila-bila…And semoga korang sentiasa sihat….



Maafkan aku kawan…Aku teringat yang waktu sekolah dulu kita selalu gaduh tapi tak lama…Kita akan baik semula kan? Masa tu adalah sesi mintak maaf and adalah posmen-posmen tak diiktiraf tolong hantar surat…Hahaha…kwanku, Itulah lumrah persahabatan….Semoga kau sentiasa ingat apa yang pernah kita tempuhi bersama-sama…Aku rindu, rindu rindu rindu….Aku tak nak jadi kawan yang pentingkan diri sendiri…Aku faham kalau kau busy but kalau nanti ada masa lapang, call me…Aku sentiasa nantikan panggilan kau…

Publisher: Amy Mistletoe <3



2 comments:

  1. mengalir air mata ku sayang... maafkan ku andainya pernah mngabaikan mu.. aku xpernah lupa mu mim.. mg la shbt aku shbt bnr2 shbt.... :'( .. aku syg mg sgt2 mim... cam darah dging kau

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku maafkanmu sueha...walaupun mg xda buat salah pun dengan aku...huhuhu...sahabat setia akan saling maaf memaafi...sayang mu jugak sueha... ^_^

      Delete