Sunday 17 March 2013

Teman Sejati

Assalamualaikum....


Entri aku pada kali pun tentang sahabatku...Tapi kali ni lain sikit sebab aku mulakan dengan video..
Nasyid ini sangatlah bertepatan dengan tajuk entri kali ini kerana tajuk nasyid ini benar-benar sama dengan tajuk entri iaitu Sahabat Sejati...Ok untuk entri kali ni, aku nak cerita tentang sahabatku...Ni adalah entri aku yang kedua berkaitan dengan sahabat..Sungguh indah bukan jika lagu seperti ini ditujukan kepada kita oleh seorang sahabat yang amat kita sayang...Liriknya sungguh mendalam dan mempunyai makna yang tersirat...Hakikatnya, jika ukhuwah yang dibina kerana Allah, serta-merta ukhuwah tersebut akan menjadi lebih indah dan tak ternilai harganya...




Ok ini adalah antara sahabat yang amat aku sayang....Nama dia Che Nuraihan Bt Che Ismail...Di panggil sebagai "Nur" (cahaya)...Ya dia ibarat cahaya dalam persahabatan kami...Dia adalah sahabatku...Satu Universiti, satu kelas...Perjalanan hidup aku memang tak akan lengkap tanpa sahabat aku...ya aku memang perlukan dia kerana dia sahabatku...Alhamdulilah, aku mendapat sahabat dan teman yang baik sepertinya...Dunia aku tidak lengkap tanpamu sahabatku...Aku memang ramai kawan tapi untuk mencari yang betul2 sejati amat susah...Dan dalam satu persimpangan aku bertemu dengan sahabatku ni...


Of course dia memang comel...secomel temanku yang lain (ECAH)...Dia seorang yang lemah lembut dan boleh dikatakan seorang yang pemalu...Apa yang pasti aku sangat menyenangi sikapnya...Dia memang seorang yang memahami...Aku amat bersyukur kerana dikurniakan sahabat sepertinya...Air mata yang terpendam tidak dapat tertahan apabila merindui nya...


Selama ini ku mencari-cari, 
Teman yang sejati, Buat menemani, Perjuangan suci.
Bersyukur kini padaMu Illahi, Teman yang dicari, Selama ini, Telah kutemui.
Dengannya disisi, Perjuangan ini senang diharungi, Bertambah murni kasih Illahi, KepadaMu Allah kupanjatkan doa, Agar berkekalan, Kasih sayang kita.

Petikan lagu Teman Sejati oleh Brothers ini sudah cukup bagi aku untuk memahami nikmat bersahabat kerana Allah S.W.T.'Perjuangan suci' dalam lagu di atas aku kira usaha kami bersama-sama menegakkan syariat Allah dibumiNya....Jangan pernah meningalkan ku wahai sahabatku..

..


Nur, andai suatu hari nur menangis, bagitahu emy ye, jangan pendam seorag diri, emy tak janji yang emy akan buat nur tersenyum, tetapi emy boleh menangis bersama nur...Kalau nanti nur ada masalah, bagitahu emy, emy tak janji yang emy akan menyelesaikan masalah nur tapi nur boleh berkongsi dengan emy kerana kita adalah sahabat...
Kalau satu hari nur perlukan seseorang untuk mendengar cerita nur, insyaALLAH emy janji emy akan ada untuk nur....

Tapi kalau satu hari nur perlukan emy, dan emy tak muncul- muncul mungkin kerana ALLAH lebih memerlukan emy saat itu emy akan perlukan “hadiah” PERSAHABATAN dari nur…

Emy dan nur adalah sahabat...Seandainya suatu hari nanti emy tiada lagi di sisi nur…nur kena ingat bahawa, persahabatan emy dan nur tidak pernah putus dan nur kena belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu nur akan tahu pentingnya seorang sahabat dalam hidup nur.....




Ya Allah, betapa aku merindui sahabat sejati yang telah Kau anugerahkan kepadaku....Lindungilah, sayangilah serta bahagiakanlah dia.....Redhailah persahabatan kami...Tunjukilah kami jalan yang sebenar-benarnya agar kami dapat mendiami taman indahMu pada suatu hari nanti...Ameen ya Rabbal Aalamin....Salam sayang dari sahabatmu...


NOTE:Thanks sebab dah jadi sahabat emy..InsyaALLAH persahabatan kita tak akan terputus di tengah jalan... :)

Publisher: Amy Mistletoe


No comments:

Post a Comment