Wednesday 20 March 2013

Friendship OF Mine


Assalamualaikum....
Entri aku pada kali ni still tentang seorang sahabat...Aku tak tau la semenjak dua menjak ni aku asyik terfikir tentang betapa pentingnya erti sebuah persahabatan...Hari ni aku nak bercakap tentang roomate aku sendiri....Actually, sem ni adalah sem last untuk aku tinggal bersama dengan roomate aku...Perghhhhh, sumpah aku sedih...Yalah kan, sape la tak sayang roomate...Roomate adalah segala-galanya untuk aku kat sini...And kat bawah ni adalah salah seorang roomate aku...




Ok...Ini adalah salah seorang roomate a.k.a my twins...Hahahaha...Ramai yang cakap aku dengan dia ni twins...Eleh mentang2 la kami chubby & comel...Hehehe...Okay aku ada roomate yang comel, Korang ada????? :D Nama dia Amirah Husna Bt Abu..Sama umur, universiti and of course sebilik...Seriously aku memang sayang roomate aku ni....Yalah kan, time habis waktu kelas kitaorang selalu makan bersama...Best kot...Time tulah kami akan berkongsi cerita...Hinggakan sampai satu masa tu tangan kami dah kering dah tapi cerita tak habis2...Memang tak kering gusi la kalau dapat berbual bersama...Actually dalam sikap dia yang garang tapi tetap ada keriangan disitu....Walaupun kami sebilik tapi sikap dan tabiat kami amat berbeza....


Wahai sahabatku Amirah Husna Bt Abu, aku nak kau tau yang aku sayang kau..Walaupun kadang2 kita ada perselisihan faham, tapi aku tak pernah berhenti sayangkan kau..Jauh di sudut hati aku untuk membenci kau..Kaulah roomate yang setia bersama aku sehingga habis tempoh pembelajaran kita kat sini....Aku tau kadang2 aku ada sakitkan hati kau tanpa aku sedari...Dan untuk itu aku minta maaf...Sakit demam aku kau sentiasa ambil berat..Kadang2 kau teman aku pergi ke klinik..Walaupun aku tahu kau sangat tak suka apabila cuaca panas sebab nanti kau akan berpeluh...Tapi kau tak pernah mengeluh...Aku betul2 hargai ketulusan hati kau itu...Kau memang garang tapi hati kau baik sangat...Masa aku menulis ni pun aku teringat kat kau...Agaknya apa la yang kau buat sekarang ni ek??Makan MAGGI ek??Hahaha.....


Aku harap kau akan sentiasa tersenyum macam ni...

Mira, aku minta maaf ek kalau selama ni aku tak dapat jadi sahabat yang baik untuk kau...Tapi aku dah berusaha untuk menjadi seorang sahabat yang baik...Kadang2 aku nak je berbual dengan kau selalu tapi kau selalu busy dengan pakwe kau..hehehe...Tidak mengapa sebab kalau part tu aku faham...Orang sedang bercinta dikatakan...Aku doakan semoga semua impian kau tercapai...Kau pernah cakap kat aku yang suatu hari nanti kau nak jadi wanita berjaya...InsyaALLAH...


Mira, kadang2 aku menangis juga...Tapi kau selalu bagi semangat pada aku...Kalau kau tak dapat cakap pun, kau mesti text aku...Walaupun kadang2 masa tu kita berdua ada dalam bilik yang sama...Kau memang faham persasaan aku...Aku memang perlukan kau...Aku tak tahu la apa yang akan jadi nanti bila kita dah berpisah...Aku tak nak kau lupakan aku...Jadilah sahabat aku selama-lamanya...Aku harap nanti, kita akan sentiasa berhubung antara satu sama lain...


Aku ingat lagi, bila tiba waktu malam kau akan mengoda aku untuk makan maggi bersama kau...hahaha...Aku memang tak boleh lupa part tu... ^_^



Actually hati aku sedih sangat sekarang...Aku sedih sebab nanti kita akan berpisah...Aku takut yang nanti aku tak kan dapat jumpa kau lagi...Air mata aku mengalir bila aku ingat yang kau akan tinggalkan aku...Aku tak nak...Tapi dalam dunia ni semuanya memerlukan pengorbanan...InsyaALLAH aku akan cuba memahami segalanya...Nanti dah tak akan ada lagi dah orang yang akan kejutkan aku, membebel kat aku...Kadang2 aku dan roomate kita yang lain selalu panggil kau "mak tiri" sebab kau selalu membebel....I'm gonna miss that...

NOTE: Aku harap yang kau tak akan lupakan aku....Jadilah sahabat aku selama-lamanya...I'm gonna miss you...

Publisher: Amy Mistletoe


2 comments:

  1. Dear Amy perasan comel,
    aku terharu baca benda ni. Kau ni sengal la, aku baca nak nangis pun ada, nak gelak pun ada. Part teman g klinik aku tak boleh blah. Aku tak kisah lah pasal cuaca panas terik, payungkan ada? Hahaha.

    Insyaallah hubungan kita hingga hujung nyawa. :D
    Aku takkan lupakan kau. Hampir 2tahun bersama kau. Susah senang dengan kau. Even kau ni degil tak nak dengar cakap orang? Jadi geram aku kadang2. Tapi aku hanya mampu bersabar je. Haha. Segarang-garang aku, aku paling setia dengan kau. Tak kisahlah start dari masuk Ump, aku memang garang. Aku garang bertempat. Haha. Kau shabat aku yang suka buat lawak, imaginasi yang tinggi merapu macam2 dan sabar dengan kerenah aku selama ni.. Hahaha. Sayang kau Amy Lotoloto. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Mira Idora yang comel lagi cute miut,

      Hahaha..Aku sayang kau la my twins...Aku harap kita akan jadi twins selama-lamanya...Aku tak akan lupakan twins aku..Aku memang degil kan...Hanya kau sorang ke yang mampu bertahan dengan perangai aku ni..Thanks a lot my dear... <3

      Delete